web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lim Kit Siang Positif COVID-19, Hanya Alami Gejala Ringan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 4:56PM

Lim Kit Siang - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang disahkan positif COVID-19, ketika menjalankan ujian rutin dengan kit ujian pantas (RTK) di Dewan Rakyat, hari ini.

Setiausaha Politiknya, Syahredzan Johan berkata, beliau turut membuat pengesahan melalui kaedah Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan disahkan dijangkiti virus itu.

"Kami memohon maaf bagi pihak Lim Kit Siang atas kesulitan yang timbul susulan perkembangan ini.

"Beliau kini berada di bawah kuarantin mengikut protokol pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya hari ini.

Menurut Syahredzan, Kit Siang telah melengkapkan suntikan dos penggalak dan setakat ini hanya mengalami gejala ringan seperti batuk.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu semalam menghadiri Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

Beliau mengumumkan akan bersara daripada politik selepas 56 tahun dan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen dimenanginya pada pilihan raya umum akan datang.

Kit Siang turut menolak daripada dicalonkan dalam Jawatankuasa Pusat (CEC) dan meminta semua ahli untuk menggugurkan namanya daripada senarai. – Getaran, 21 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang