web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Terbabas Rempuh Ruang Makan Restoran Dipercayai Mabuk - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 6:40PM

Kemalangan ini melibatkan lapan pelanggan yang sedang makan di luar restoran dan dua pejalan kaki. - Gambar ihsan JSPT

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas dan merempuh ruang makan di luar sebuah restoran hingga mencederakan lapan individu di Jalan Klang Lama, malam tadi, dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, suspek lelaki berumur 57 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, pagi tadi.

“Kemalangan itu berlaku pada jam 8.30 malam, membabitkan tiga kenderaan, dua pejalan kaki dan lapan pelanggan restoran yang sedang makan.

“Nahas dipercayai berlaku ketika suspek yang memandu SUV jenis Honda HRV sedang dalam perjalanan dari arah Petaling Jaya menghala ke pusat bandar,” katanya hari ini.

Menurut Sarifudin, Honda HRV itu hilang kawalan lalu melanggar Lexus 2.5 yang diparkir di bahu kiri jalan hingga menyebabkan kereta itu bergerak dan melanggar pula Perodua Axia yang diletakkan di hadapannya.

“Akibat rempuhan itu, Perodua Axia tersebut melanggar pula lapan pelanggan yang sedang makan di luar restoran dan dua pejalan kaki.

“Dua daripada 10 individu itu patah anggota badan dan semua yang tercedera dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Sarifudin berkata, saringan awal mendapati kandungan alkohol dalam badan lelaki itu melebihi had ditetapkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Suspek sudah ditahan dan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. - Getaran, 21 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'