web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Tipu Dalam Talian Tumpas, 7 Suspek Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 3:11PM

Serbuan di sebuah kondominium mewah di Mont Kiara berjaya menumpaskan sindiket penipuan dalam talian. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian selepas menahan tujuh individu di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara di sini, Isnin lalu.

Serbuan tersebut dilaksanakan oleh  Pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Brickfields bersama Pakar Analisa Media Sosial, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia (JSM) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner (ACP) Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menahan dua lelaki tempatan serta lima rakyat China termasuk dua wanita berusia 19 hingga 25 tahun dalam serbuan itu.

“Kumpulan tersebut dipercayai beroperasi sejak Februari lalu dengan menjalankan tugas sebagai pegawai khidmat pelanggan.

“Kesemua suspek yang ditahan itu disyaki bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan yang menerima bayaran gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati terdapat unsur penipuan dalam talian melalui aplikasi  WeChat digunakan sindiket itu yang menyasarkan mangsa dari China.

Katanya, kesemua suspek terbabit, menggunakan profil WeChat yang berbeza bagi menjalankan kegiatan berkenaan.

“Jumlah profil WeChat yang akan dibuat setiap hari melebihi 50 seorang. Data setiap mangsa akan dihantar ke dalam grup WhatsApp dan ketua sindiket akan menjalankan proses seterusnya,” ujarnya

Tambah beliau, polis turut merampas tujuh unit komputer riba, 28 telefon bimbit pelbagai jenama, tujuh papan kekunci, tujuh tetikus dan serangkai kunci rumah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Amihizam turut menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada individu yang tidak dikenali.

“Orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

“Sebarang maklumat berkenaan sindiket penipuan boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599,” katanya. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad