web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serbuan 2 Pusat Hiburan, 45 Pengunjung Dikompaun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 6:36PM

Seramai 45 individu termasuk dua pemilik premis dikompaun RM45,000. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 45 individu termasuk dua pemilik premis dikompaun RM45,000 dalam serbuan di dua pusat hiburan di ibu kota, semalam.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur.

“Dua pemilik premis, 12 pengunjung di premis pertama dan 31 pengunjung di premis kedua dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

“Pusat hiburan itu didapati melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) yang masih dikuatkuasakan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kesemua kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah dikuatkuasakan kerajaan.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi keselamatan umum, bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 yang masih tinggi.

“Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat pelanggaran SOP, COVID-19, terutamanya di pusat hiburan, melalui aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP) yang boleh dimuat turun di telefon pintar.

“Operasi akan terus dipertingkatkan lagi dari masa ke masa dalam usaha membantu kerajaan mengawal penularan wabak COVID-19 demi kesejahteraan masyarakat bersama,” ujarnya. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi