web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Teguran Sultan Nazrin Bukti Wujud Kelompongan Pada SPR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Mar 2022 9:20PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersikap berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana parti politik membuktikan wujud kelompongan terhadap badan bebas itu.

Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, kelemahan yang berlaku sehingga mencetuskan keresahan rakyat itu perlu dipandang serius dan diperbaiki dengan segera oleh SPR.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

Menurut beliau, SPR perlu mengaku dengan jujur sekiranya dikesan melakukan kesalahan dan mendedahkan ia untuk pengetahuan umum agar segala kontroversi melingkari suruhanjaya tersebut dapat diredakan.

“Segala kelemahan perlu dilihat agar ia tidak berlaku di masa akan datang. SPR perlu bersedia dari semasa ke semasa yang bukan melibatkan fokus terhadap prosedur semata-mata apabila melaksanakan sebarang keputusan ketika pilihan raya.

“Saya melihat ada sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya ketika mengadakan pilihan raya sewaktu berdepan wabak COVID-19. Ada keperluan untuk mengkaji semula agar kecacatan yang berlaku sehingga mencalarkan imej SPR tidak berlaku lagi,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Terdahulu, Sultan Nazrin bertitah agar SPR wajib pada setiap masa bersikap berkecuali tanpa memihak kepada sesiapa.

Titah baginda, pilihan raya yang bebas dan adil membolehkan semua warganegara, parti, calon dan media menikmati hak asasi masing-masing secara sama rata.

Sultan Nazrin bertitah, ia merangkumi kebebasan bersuara, berpersatuan, bergerak dan berhimpun; bebas daripada ugutan, tekanan dan keganasan serta bebas mendapat akses kepada maklumat atau kemudahan media.

Titah baginda, pilihan raya yang bebas serta adil turut melindungi hak semua rakyat untuk mendapat keadilan dan mengundi secara rahsia.

Titah baginda lagi, pilihan raya secara bebas serta adil akan meningkatkan keyakinan pengundi dan ia boleh dilihat menerusi peratusan keluar mengundi yang tinggi.

Mengulas lanjut Hussain berkata, terdapat keperluan buat SPR untuk meneliti semula sumber perundangan dan pendedahan ilmu yang berkaitan, agar kesalahan mengadakan pilihan raya ketika negara masih berdepan COVID-19 tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang pilihan raya perlu difahami secara menyeluruh oleh pegawai tertinggi dan petugas SPR di peringkat bawahan.

“Ilmu berkaitan pengurusan pilihan raya itu perlu diberi peringatan semula, dipanaskan balik agar semua anggota SPR memahami tugas masing-masing.

“Mereka bukan sahaja perlu mengetahui cara terbaik dalam berurusan dengan orang ramai namun pemahaman dari sudut perundangan itu juga penting supaya ia tidak menjadi pertikaian di kalangan rakyat jelata,” katanya.

Hussain bagaimanapun menyangkal kemungkinan teguran Sultan Nazrin itu memiliki kaitan dengan penutupan awal pusat pengundian pada Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) Johor baru-baru ini.

“Walaupun dari segi perundangan tidak salah jika pusat mengundi ditutup awal namun perlu fikirkan juga alternatif lain sekiranya ada pengundi datang selepas waktu ditetapkan. Ini kerana mungkin ramai sudah terbiasa dengan operasi pusat mengundi yang lazimnya ditutup pada jam 5 petang.

“Kalau dah dimaklumkan, kenapa berlaku pertikaian? Itu menunjukkan wujud kelemahan bahawa maklumat itu mungkin tidak sampai kepada masyarakat. Justeru, ia menunjukkan SPR perlu memperbaiki penyampaian mereka.

“SPR kena pandang isu ini secara menyeluruh dan jangan hanya sambil lewa atau hanya nak pertahankan diri. Kena faham mengapa ada rakyat mahu mengundi petang, kerana mungkin mereka bekerja di sebelah pagi,” katanya. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

2

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang