web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Politik, Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Mangsa Sindiket Godam WhatsApp, Telegram

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 2:28PM

Mohd Kamarudin menunjukkan nombor CCID Response Team yang boleh dihubungi orang ramai jika menjadi mangsa penipuan dalam talian. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukan sekadar orang awam, sebaliknya ahli politik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan turut menjadi mangsa sindiket godam aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Sindiket berkenaan mencetuskan kerugian sebanyak RM11.47 sejak tahun 2020.

Lebih membimbangkan, sindiket yang dikenali dengan nama ‘menyamar sebagai rakan’ turut mensasarkan akaun Telegram atau WhatsApp pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk digodam bagi mencari mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, sebanyak RM6.2 juta kerugian dicatatkan membabitkan 823 mangsa pada 2020.

Bagaimanapun menurutnya, jumlah itu berkurangan kepada RM4.8 juta pada tahun berikutnya manakala setakat Februari lalu, sebanyak RM478,016 dicatatkan.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini ialah menggodam aplikasi telefon pintar milik mangsa sebelum mengambil alih akaun berkenaan untuk meminjam wang.

“Sejak tahun 2020 sehingga Februari tahun ini sebanyak 1,710 laporan diterima membabitkan kerugian bernilai RM11.47 juta dicatatkan,” katanya pada sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Susulan kejadian, Mohd Kamarudin menasihatkan orang ramai lebih berhati hati dengan kata laluan sekali guna (OTP) agar tidak dikongsikan kepada pihak ketiga.

“Sindiket pada mulanya akan menggodam aplikasi WhatsApp atau Telegram orang disasarkan dan kemudian akan menghubungi mangsa untuk mendapatkan OTP dengan menyamar sebagai kakitangan syarikat aplikasi tersebut.

“Apabila mangsa memberikan OTP tersebut, sindiket berjaya mengambil alih aplikasi berkenaan dan menghantar mesej kepada kenalan mangsa, kononnya mahu meminjam wang dengan pelbagai alasan,” katanya.

Jelas beliau, mangsa yang terpedaya akan memindahkan wang kepada nombor akaun diberikan sindiket, dipercayai milik ‘keldai akaun’.

“Mangsa hanya menyedari ‘identiti’ mereka digunakan oleh pihak ketiga apabila dihubungi rakan atau saudara mara yang mahukan kepastian berhubung pinjaman wang yang dibuat,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Fahmi Ulangi Jaminan Keselamatan Sistem PADU

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad