web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belum Masanya Untuk Laksana Gaji Minimum RM1,500 - PIKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 3:52PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KELANA JAYA - Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei ini.

Pengurus Besar PIKM, Jeff Nor Jettey berkata, keputusan itu disifatkan tidak adil kepada pengusaha industri keselamatan yang masih bergelut dalam proses pemulihan akibat pandemik COVID-19.

Menurut beliau, pengumuman itu secara langsung akan meningkatkan kos operasi perniagaan di samping kerajaan masih berhutang dengan syarikat keselamatan yang didaftarkan bersama pihaknya.

“Dahlah kerajaan masih ada tidak bayar di bawah persatuan kami, tiba-tiba naik lagi. Kalau diikutkan, dengan kadar yang lama (RM1,200) pun syarikat hanya mendapat keuntungan bersih 10 peratus sahaja. Itu jumlah keuntungan paling rendah pernah kita terima.

“Kita mengharapkan agar kerajaan memandang perkara ini dengan lebih meluas kerana amat memberi kesan kepada kami yang sangat berisiko untuk ditutup disebabkan lebih mengalami kerugian daripada keuntungan,” katanya ketika ditemui Getaran di Pejabat PIKM, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 mengumumkan, kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu iaitu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara.

Beliau berkata, pelaksanaan gaji minimum itu bagaimanapun akan hanya membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan kadar baharu gaji minimum itu kepada syarikat, perusahaan kecil dan koperasi yang tidak mampu membayar RM1,500 kepada pekerja mereka.

Jelasnya, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diarah untuk berbincang bagi membolehkan syarikat dan perusahaan seumpamanya menangguhkan perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Jeff menegaskan hasil kajian pihaknya mendapati sekiranya gaji minimum RM1,500 dilaksanakan, syarikat akan menyediakan pengawal keselamatan yang berkualiti rendah dan majoritinya akan diisi oleh warga asing.

“Ini kerana kita terpaksa menawarkan gaji rendah. Jadi, orang tempatan tak mahu terima gaji itu. Kalau naikkan, syarikat pula akan mengalami kerugian.

“Lantaran itu, kita tidak menolak kemungkinan akan ada syarikat yang tawar pengawal keselamatan warga asing dan kita lihat pun mereka sedang menguasai pekerjaan itu di Malaysia. Perkara ini sangat menakutkan buat kami serta dilihat seolah-olah wujudnya korupsi,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PIKM, Mohammad Ubaidillah Iman berkata, kerajaan sekiranya nekad mahu menaikkan paras gaji minimum, perlu melakukan penelitian dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak, khususnya pemegang taruh dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Perkara ini bukan sahaja melibatkan pengawal keselamatan namun kakitangan sokongan syarikat industri tersebut.

“Ini kerana tak cantik kalau staf atasan akan mendapat gaji rendah berbanding golongan bawahan.

“Kerajaan perlu beri kami peluang untuk bangkit semula kerana syarikat di bawah persatuan baharu hendak bernyawa akibat kesan pandemik COVID-19, tiba-tiba nak laksanakan perkara ini, sangat membebankan. Boleh laksanakan namun belum tiba masanya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PIKM, Datuk Zainal Abd Rahman berkata, beliau kecewa kerana kerajaan masih berhutang kira-kira RM53 juta kepada syarikat keselamatan yang diberi tender keselamatan kerajaan sejak 2016 apabila penetapan gaji minimum diumumkan dari RM900 ke RM1,200.

“Tender pun sejak dari tahun 2016 sehingga 2020  ada lagi kerajaan berhutang dengan syarikat di bawah persatuan kita.

“Kalau ini pun masih terjadi dan menjadi kenyataan, bayangkan berapa banyak lagi tender mahupun kontrak dari kerajaan tidak akan dibayar dan kita risau mereka akan lepas tangan begitu sahaja,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tidak Semua Majikan Mampu Naikkan Gaji Minimum - Pakar Ekonomi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Pelarasan Gaji Pekerja Kontrak Sekolah, Hospital Diumum PM Legakan MTUC, Cadangan Kami…’

3

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Saran Majikan Bayar Gaji Minimum RM3,000 Kepada Graduan TVET

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Pelaksanaan Dasar ‘Gaji Kehidupan Wajar’ - MTUC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini