web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pentingnya Kerajaan Utamakan Literasi Politik Terhadap Anak Muda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 3:44PM

Generasi muda merupakan pemimpin masa depan negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bimbingan terhadap generasi muda perlu dilakukan secara berterusan bagi mewujudkan golongan celik dan arif dengan literasi politik, sebagai persediaan meneraju negara.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ABIM komited membimbing generasi muda bagi membina watak generasi masa hadapan dengan teras jati diri bersama nilai moral yang tinggi.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Muhammad Faisal Abdul Aziz

Menurut beliau, angkatan itu menjunjung kasih titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bahawa anak muda perlu dibimbing dengan program literasi politik. 

“Ini perlu dilakukan agar golongan itu berupaya memahami sepenuhnya erti dan amalan demokrasi yang sihat.

"ABIM juga menjunjung tinggi titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menekankan kepentingan literasi ini untuk mereka membina, memahami sistem kerajaan, sistem pentadbiran. Pada masa sama, mereka akan dapat memahami proses pembentukan kerajaan dan elemen yang wajib dimiliki oleh pemimpin," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Terdahulu, Sultan Nazrin bertitah, anak muda perlu dibimbing supaya memiliki tahap literasi politik untuk memahami amalan demokrasi membina, sistem kerajaan dan pentadbiran, proses pembentukan kerajaan serta elemen yang wajib ada pada pemimpin.

Titah baginda, keputusan kerajaan menurunkan had usia layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun perlu dilihat bukan sekadar memberi hak mengundi kepada golongan remaja, tetapi ditafsirkan sebagai peluang yang memberi kuasa lebih besar kepada anak muda untuk memilih pemimpin serta mencorakkan kerajaan.

"Anak muda perlu dibimbing untuk memiliki jati diri dan nilai moral yang betul, berpaksikan undang-undang, menolak rasuah dan sogokan, memiliki kematangan menilai di antara yang makruf dengan mungkar, arif membezakan di antara fakta dengan fitnah serta bijaksana mengenali di antara permata dengan kaca.

"Anak muda perlu diberikan cukup pendedahan dan pengetahuan mengenai elemen kenegaraan serta tatanegara. Justeru, pembentukan sahsiah dan jati diri perlu dipupuk di samping dijadikan komponen dalam kandungan pendidikan negara," titah Sultan Nazrin. 

Baginda turut bertitah, mengingatkan barisan kepemimpinan parti politik supaya bertanggungjawab memastikan pilihan raya tidak menjadi medan pencetus yang boleh menggugat kestabilan negara dan menjejaskan keharmonian rakyat.

Mengulas lanjut, Muhammad Faisal menegaskan, ABIM menekankan kesetiaan kepada nilai atau maruah yang akan dipimpin bagi membina kefahaman dan identiti warga untuk menolak amalan rasuah serta gejala perkauman sempit. 

Jelasnya, nilai ini adalah akar kepada keperibadian bangsa Malaysia yang bermaruah dan berintegriti.

"ABIM juga akan terus melakukan libat urus bersama pemegang-pemegang taruh lain dalam kalangan ahli politik muda dan warga belia. 

"Ini dilaksanakan bagi membawa wacana politik segar yang menolak rasuah serta berorientasi khidmat kepada rakyat," katanya. 

Bagi meratakan pendidikan demokrasi dalam kalangan generasi muda, beliau menjelaskan pihaknya akan mengusulkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Akademi SPR untuk bersama Gabungan Bukan Kerajaan (NGO) anak muda untuk menggerakkan inisiatif tersebut. - Getaran, 25 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad