web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


12 Asnaf Hadapi Obesiti Kronik Terima Tajaan Pembedahan Bariatrik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 4:48PM

Dr Mustafa (kiri) menerima sumbangan daripada Persatuan Sukan, Rekreasi & Kesihatan Kuala Lumpur (SURE Sihat) dan Cengild GI Medical Centre bagi menampung pembedahan bariatik 12 pesakit obesiti kronik.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 12 pesakit obesiti kronik golongan asnaf, bakal  menerima tajaan penuh pembedahan bariatrik di bawah inisiatif Mustafa Hope (M-Hope).

Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher berkata, M-Hope merupakan inisiatif bersama pelbagai pihak bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan asnaf, yang berdepan kekangan kewangan.

"Obesiti menjadi masalah yang semakin membimbangkan di Malaysia, hingga mencapai gelaran negara ‘paling gemuk di Asia’ dengan kadar  30.6 peratus.

"Dengan tiga daripada 10 rakyat Malaysia mengalami obesiti, hakikatnya penyakit ini memerlukan langkah pencegahan atau rawatan kerana ia boleh menyebabkan lebih 40 penyakit lain termasuk diabetes jenis 2, penyakit jantung dan jenis kanser tertentu," katanya ketika Majlis pelancaran Program M-Hope, di sini hari ini.

Menurut beliau, M-Hope merupakan antara langkah bagi membantu bagi golongan yang tidak mampu membiayai kos pembedahan bariatrik.

Katanya, program M-Hope turut meletakkan sasaran untuk menghapuskan stigma negatif terhadap pembedahan bariatrik yang dianggap hanya sekadar mahu menguruskan badan. 

"Tidak semua orang layak melakukan pembedahan ini kerana ia bukan satu pembedahan kosmetik yang fokus untuk kurus.

"Bariatrik dilakukan agar individu mampu mengawal penyakit darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan obesiti. Ia satu pembedahan untuk menyelamatkan nyawa seseorang," katanya. 

Dalam pada itu, Dr Mustafa berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk menerima sokongan daripada mana-mana pihak, tanpa hanya berkisar kepada aspek dana sahaja.

"Program M-Hope sentiasa bersedia menerima sokongan daripada semua pihak, kita bukan hanya memerlukan dana untuk menampung kos pembedahan bariatrik, sokongan dari segi peralatan pembedahan turut dialu-alukan.

"Malah, pihak insurans boleh memperkenalkan inisiatif pertangunggan sebahagian untuk pembedahan bariatrik sebagai langkah pencegahan masalah obesiti di negara kita ini," katanya. - Getaran, 25 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah