web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Termasuk Wanita Ditahan Samun Farmasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 8:42PM

Polis menahan 6 orang termasuk seorang wanita selepas dipercayai terlibat menyamun sebuah farmasi di Pandan Indah di Ampang pada 18 Mac lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Enam individu termasuk seorang wanita ditahan, selepas dipercayai terbabit menyamun sebuah farmasi di Pandan Indah, Ampang 18 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek warga tempatan yang berusia  di antara 19 hingga 35 tahun itu ditahan dalam operasi selama dua hari bermula 22 Mac hingga 24 Mac di sekitar ibu kota dan Selangor. 

“Operasi dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya.

"Kesemua suspek tersebut bekerja dalam bidang syarikat kawalan keselamatan, peniaga emas dan penganggur," katanya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil jenayah yang turut digunakan untuk melakukan kegiatan samun.  

“Antara barangan yang dirampas adalah pelbagai jenis telefon bimbit, empat motosikal, sebuah kereta, sejumlah wang tunai dan dua utas gelang tangan emas. 

“Siasatan mendapati ketika kejadian, pengadu berada dalam pejabatnya mendengar bunyi  bising, sebelum mendapati dua lelaki berjaket dan bertopi keledar mengambil barang kemas milik dua pekerja serta wang tunai kepunyaan syarikat,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal yang nombor pendaftarannya dikaburkan setelah menyedari kehadiran pengadu.

“Kesemua suspek direman antara empat hingga tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran, 25 Mac 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global