web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pekebun Kecil RISDA Boleh Dapat Manfaat Jika Ketum Dibenar Eksport - Mahdzir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 2:24PM

Daun ketum - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERANG - Pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mungkin boleh mendapat manfaat sekiranya kerajaan Persekutuan membenarkan eksport daun ketum ke luar negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekiranya eksport ketum menjadi sah di sisi undang-undang, tidak menjadi kesalahan bagi pekebun kecil getah untuk menjana pendapatan tambahan dengan menanam tumbuhan itu.

"Kalau sudah sah dan boleh ada pendapatan kenapa tidak? Kalau jual satu kilogram daun ketum boleh dapat pendapatan berpuluh-puluh ringgit dan dari segi undang-undang ia pulak sah, jadi saya fikir tak menjadi kesalahan," katanya.

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

Mahdzir berkata demikian selepas menghadiri program Risda Prihatin Pekebun Kecil Makmur 2022 Padang Terap di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, baru-baru ini yang meminta kerajaan Persekutuan membenarkan negeri itu mengeksport daun ketum khususnya Thailand bagi tujuan perubatan.

Mahdzir berkata kerajaan Persekutuan perlu membuat keputusan mengenai status ketum memandangkan sudah banyak kajian telah dilakukan mengenai manfaat daunnya untuk perubatan.

"Tapi perkara itu biarkan Kementerian Kesihatan yang uruskan. Cumanya saya fikir sampai masanya nanti kita tengok bagaimana keputusan kerajaan," katanya.

Ketika ini terdapat kira-kira 552,000 pekebun kecil Risda di seluruh negara dengan keluasan tanaman getah 1.1 juta hektar.

Mengenai program Risda Prihatin itu, Mahdzir berkata seramai 330 pelajar sekolah melibatkan anak pekebun kecil getah di daerah ini menerima bantuan persekolahan yang keseluruhannya membabitkan peruntukan RM66,000.

"RISDA membantu sedaya upaya mungkin dalam meringankan beban masyarakat pekebun kecil  dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka," katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Risda Ali Sabuddin Abd Samad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kastam Perlis Rampas Ketum, Kanabis Bernilai Lebih RM64,000

3

Semasa 9 bulan yang lalu

100 Peserta Pertama JELITA@RISDA Miliki SKM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Akta Baharu Penyalahgunaan Dadah Bolehkan Penagih Selain Dadah Jalani Rawatan Di Bawah AADK

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini