web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Derma Organ, Kesedaran Rakyat Masih Rendah - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 4:40PM

Khairy (empat dari kanan) pada majlis Perasmian Duta Ginjal dan Program Pendidikan Pra-Dialisis di Putrajaya, hari ini. - Gambar dari Twitter @Khairykj

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kesedaran rakyat Malaysia untuk menjadi penderma organ masih rendah berbanding masyarakat di negara maju.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mewujudkan semula pendaftaran ikrar derma organ bagi membolehkan orang ramai mendaftar sebagai penderma, sekali gus memberi kesedaran terhadap kepentingan aspek itu.

"Saya menyeru semua pihak khususnya orang kenamaan, selebriti, atlet negara dan ahli politik untuk tampil sebagai penderma organ serta menyokong kempen ini.

"KKM juga  akan memperhebatkan lagi kempen menderma organ dan terus komited menganjurkan pelbagai program kesedaran, termasuk bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mempromosikan kepentingan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Duta Ginjal dan Program Pendidikan Pra-Dialisis di sini, hari ini.

Jelas Khairy, Yayasan Buah Pinggang (NKF) bersama Persatuan Nefrologi Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan Modul Khas Program Pendidikan Pra-Dialisis (PDEP) sebagai persediaan persediaan rawatan buah pinggang.

"Menurut laporan Malaysia Dialysis and Transplant Registry, seramai 4,722 pesakit buah pinggang tahap kronik disenaraikan dalam senarai menunggu bagi menjalani rawatan pemindahan buah pinggang.

"Kini, seramai 49,111 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis, dengan majoriti mereka menjalani rawatan hemodialisis membabitkan 8,000 pesakit setiap tahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak KKM akan mengkaji dan membangunkan mekanisme khas untuk mengenal pasti kes berpotensi sebagai penderma organ.

"Antaranya mengenal pasti penderma yang berpotensi dalam kalangan pesakit bagi kes kematian otak.

"KKM juga akan berkerjasama dengan pakar, khususnya yang bertugas di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk melihat langkah yang boleh dilakukan bagi pesakit buah pinggang kronik ini," katanya.

Kata Khairy lagi, kempen menyemak tahap kesihatan buah pinggang bagi pesakit berpotensi mendapat sakit buah pinggang kronik melalui kaedah 'Glomerular Filtration Rate' (EGFR) turut akan diadakan.

"KKM akan mengadakan pelbagai program kesedaran kepada rakyat supaya menjalani pemeriksaan kesihatan, termasuk melihatkan pesakit dalam pelbagai aktiviti termasuk rawatan.

"Pihak kementerian sendiri komited memberi kesedaran awam kepada semua pihak serta mempergiatkan lagi program saringan, pendidikan, penggunaan digital membabitkan golongan belia dan kanak-kanak dalam program duta ginjal," katanya. - Getaran, 26 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi