web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saksi Kemalangan Maut Diminta Tampil Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Mar 2022 6:10PM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saksi kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas sejurus tiba berhampiran Apartmen Medan Jaya di sini, dicari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Shah Alam akibat kemalangan di Jalan PJS 2 di sini 14 Mac lalu.

"Pada 25 Mac lalu, polis menerima laporan berkenaan kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Dash yang terbabas sendiri.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 5.30 petang, 14 Mac lalu dan lelaki berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 8.40 malam, 25 Mac ketika menerima rawatan," katanya hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan sebab kematian.

Mohamad Fakhrudin turut memohon saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Saksi yang melihat kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014 2536820,” katanya. - Getaran, 26 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'