web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Cedera, Rugi RM25,000, Disamun Depan Rumah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 6:41PM

Tangkap layar dari video yang tular di media sosial menunjukkan dua lelaki menyamun seorang warga emas di hadapan rumah anaknya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas kerugian RM25,000 dan cedera di tangan selepas disamun di hadapan rumah anaknya di Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi, apabila dua lelaki bersenjatakan parang menarik dua utas rantai leher dan memotong dua gelang tangan mangsa yang berusia 77 tahun itu menggunakan gunting.

"Suspek dipercayai melarikan diri menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru hitam dengan nombor pendaftaran palsu.

“Mangsa mengalami kecederaan di tangan akibat ditarik suspek ketika mahu memotong gelang tangan miliknya dengan gunting pemotong (cutter)," katanya hari ini.

Menurut beliau, polis mengambil maklum video kejadian itu yang tular di media sosial. 

Katanya, anggaran kerugian adalah sebanyak RM25,000 dan kes akan  disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

"Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," ujarnya. 

Terdahulu, sebuah video berdurasi 18 saat tular di media sosial memaparkan dua individu menyamun seorang warga emas di hadapan sebuah rumah dan melarikan diri dengan motosikal. - Getaran, 26 Mac 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad