web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemerkasaan Bahasa Melayu Mula Dilaksanakan Kerajaan PH, Bukan Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 9:00PM

Maszlee (dua dari kiri) pada majlis pelancaran buku 'Mawi Dalam Lautan Manusia' di Street Mall, Bangi, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Usaha memartabatkan bahasa Melayu bagi membudayakan bahasa kebangsaan sebenarnya sudah diperkasakan sejak Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu didedahkan mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang menegaskan, agenda untuk memartabatkan bahasa Melayu bukanlah perkara baharu seperti diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Perkara itu (pemerkasaan bahasa Melayu oleh Ismail Sabri) bukanlah perkara baharu. Boleh rujuk ketika saya menjadi Menteri Pendidikan.

“Agenda untuk memartabatkan bahasa Melayu itu memang sudah ada (di zaman pemerintahan Kerajaan PH),” katanya kepada Getaran selepas melancarkan buku Mawi Dalam Lautan Manusia di sini, hari ini.

Menurut beliau, gesaan untuk membudayakan bahasa kebangsaan itu menerusi kaedah pembelajaran terbaik, mudah difahami dan bukan semata-mata berasaskan silibus telah dimulakan ketika dirinya menyandang portfolio menteri.

Beliau berkata, tanggungjawab mempertahankan bahasa Melayu bukan sahaja perlu dipikul oleh Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau universiti tempatan sahaja, sebaliknya melibatkan semua warganegara.

“Ketika itu lagi saya sudah menggesa semua kementerian mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi, bagi memartabatkan kembali kedudukan bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

“KPM akan memberi teguran sekiranya ada dalam kalangan Menteri Kabinet menggunakan bahasa rojak atau bahasa lain dalam urusan rasmi, termasuk pada sidang media dan kenyataan bertulis,” katanya.

Tindakan tersebut jelas Maszlee, menyamai yang dilakukan oleh Ismail Sabri ketika ini, selepas mengumumkan perkara itu pada penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata,  beliau komited meneruskan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai Ahli Parlimen  meskipun tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini.

Beliau yang merupakan calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang berkata, dirinya akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dan sumbangan kepada masyarakat di Simpang Renggam.

Menurut Maszlee, beliau akan membawa isu-isu semasa berkaitan Simpang Renggam, khususnya pendidikan kepada Kerajaan Negeri Johor mahupun di persidangan Parlimen.

“Saya masih Ahli Parlimen Simpang Renggam dan saya akan terus melaksanakan serta menjalankan tugas diamanahkan,” katanya.

Maszlee kalah kepada calon Barisan Nasional (BN), Abdul Mutalip Abdul Rahim dengan majoriti 2,815 undi.

Beliau hanya memperoleh 4,756 undi, berbanding Abdul Mutalip yang meraih 7,551 undi.

Dua lagi calon bertanding di DUN berkenaan adalah wakil Perikatan Nasional (PN), K Alagathiran yang mendapat 1,278 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Ahmad Shafiq Othaman dengan hanya 164 undi. – Getaran, 26 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang