web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Tak Kisah Jika Kalah Jawatan Timbalan Presiden PKR - Rafizi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 8:54AM

Rafizi menegaskan beliau lebih menumpukan kepada usaha mendekatkan diri dan turun padang bertemu akar umbi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak kisah sekiranya kalah dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR yang akan bermula 13 hingga 18 Mei nanti.

Beliau menegaskan, ini kerana pihaknya ketika ini lebih menumpukan kepada usaha mendekatkan diri dan turun padang bertemu akar umbi, bagi mewujudkan kembali ‘aura’ sokongan rakyat seperti yang pernah dikecapi Pakatan Harapan (PH) ketika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Rafizi berkata, walaupun tidak berkempen bagi membeli jiwa ahli PKR namun tindakan yang dilakukannya demi rakyat diharapkan mampu menjadi kekuatan untuk beliau terpilih menyandang jawatan tersebut.

“Sekiranya kita tak mampu nak kembalikan semula semangat orang awam, bukan suatu perkara penting untuk jawatan Timbalan Presiden kerana PH dan PKR sedang dalam keadaan tenat.

“Kalau situasi seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlaku, maka kita akan melalui situasi buruk yang pernah dihadapi pada 2004,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran kempen Ayuh Malaysia di sini malam tadi.

Hadir sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang.

Beberapa hari lalu, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman menegaskan, hasrat Rafizi mahu merebut jawatan Timbalan Presiden PKR akan membawa perpecahan dalam parti.

Beliau berkata, ini kerana Rafizi sudah lama menghilangkan diri daripada meneruskan perjuangan bersama PKR.

Pada masa sama menurut Syed Badli, tiada keperluan bagi Rafizi untuk bertanding Timbalan Presiden PKR kerana telah mengabaikan tugasan dan amanah yang diberi ketika menggalas mandat sebagai Naib Presiden sebelum ini.

Dalam perkembangan lain Rafizi berkata, Ayuh Malaysia diharapkan mampu meraih penyertaan semua parti pembangkang dan kerajaan, agar rakyat bersedia untuk keluar mengundi pada PRU-15.

“Saya berharap lebih banyak parti menyertai kempen Ayuh Malaysia bagi kita meningkatkan kesedaran kepada rakyat untuk mengundi.

“Saya tak kisah rakyat nak undi siapa pada pilihan raya nanti, yang penting mereka laksanakan tanggungjawab untuk keluar mengundi,” katanya.

Sementara itu ditanya berkenaan paras gaji minimum baharu RM1,500, Rafizi menegaskan terdapat keperluan untuk melaksanakan perkara itu.

Bagaimanapun beliau berkata, kajian secara terperinci perlu dilakukan agar kenaikan gaji itu tidak dilaksanakan secara serentak di seluruh negara kerana akan memberi kesan negatif kepada majikan.

“Laksanakan perkara itu ikut lokasi seperti Lembah Klang atau kawasan bandar khususnya, disebabkan kos sara hidup mereka yang tinggi.

“Perkara ini saya sambut baik namun dari segi pelaksanaannya perlu dikaji dengan lebih mendalam sebab kalau buat di seluruh negara seperti contoh di kawasan kampung, ia akan memberi kesan kepada majikan untuk membayar gaji,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi