web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1.3 Tan Ganja Dirampas, 4 Lelaki Tempatan Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 12:13PM

Ayob Khan - Gamba fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sejumlah 1.3 tan ganja bernilai RM3.33 juta dirampas, susulan penahanan empat lelaki tempatan termasuk seorang ahli perniagaan dalam empat serbuan berasingan sekitar Selangor, Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan oleh JSJN Bukit Aman dan JSJN Selangor itu bermula kira-kira jam 4.40 petang hingga 11 malam.

“Dua suspek ditahan di Subang Jaya dalam serbuan berasingan, manakala suspek ketiga serta keempat masing-masing ditahan di Rawang dan Semenyih.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 23 hingga 46 tahun dan dipercayai terlibat dalam aktiviti mengedar dadah di sekitar Selangor,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut beliau, modus operandi sindiket adalah menyeludup masuk dadah jenis ganja melalui jalan darat di sempadan Malaysia-Thailand untuk pasaran Lembah Klang.

“Polis percaya ganja Gred 2 yang dirampas dari Thailand itu dibawa masuk melalui utara Semenanjung.

“Kesemua dadah jenis ganja yang dirampas boleh digunakan seramai 2.5 juta penagih dadah,” ujarnya.

Ayob Khan berkata, polis turut menyita pelbagai aset sindiket termasuk wang tunai berjumlah RM331,900 dan empat kenderaan, melibatkan nilai keseluruhan RM3.7 juta.

“Siasatan mendapati kesemua suspek terbabit mula aktif sejak awal Januari.

Seorang daripada mereka juga disahkan positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC) menerusi saringan awal yang dilakukan.

“Semakan rekod jenayah mendapati, seorang suspek mempunyai satu rekod lampau kes jenayah di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” tambahnya.

Ayob Khan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan suspek direman selama tujuh hari bermula pada 25 hingga 31 Mac bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih dijalankan untuk melihat sama ada mereka mempunyai hubungan dengan sindiket lain atau masih ada saki baki anggota sindiket yang bebas.

“Tindakan ke atas suspek juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, polis sudah menyiapkan kertas siasatan berhubung tangkapan sembilan penguat kuasa kerana terlibat menjual dadah yang dirampas. - Getaran, 27 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global