web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Lelaki Ditahan, Mercun RM4.17 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 6:40PM

ACP Beh Eng Lai (tengah) menunjukkan barang rampasan kepada pihak media.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima lelaki ditahan bersama pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM4.17 juta  yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Taman Kepong di sini 23 Mac lalu.

Kesemua warga tempatan berusia antara 21 hingga 51 tahun terbabit ditahan dalam serbuan di sebuah gudang dan rumah, yang dilakukan sepasukan polis cawangan Perisikan dan Siasatan Khas serta dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Antara mercun yang dirampas.
Antara mercun yang dirampas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati, sindiket tersebut menjadikan kedua-dua premis sebagai tempat penyimpanan sementara sebelum bahan itu dijual di sekitar Lembah Klang.

“Serbuan pertama telah dilakukan di sebuah gudang sekitar Kepong yang berjaya menemui 712 kotak mercun dan bunga api.

“Susulan serbuan pertama, polis telah pergi ke sebuah rumah teres dua tingkat di sekitar Taman Kepong dan berjaya merampas 347 kotak serta 35 guni berisi mercun dan bunga api,” katanya ketika sidang media di stor barang kes Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Beliau berkata, polis turut menyita pelbagai aset sindiket termasuk wang tunai berjumlah RM12,900, dua unit komputer dan enam buah telefon bimbit pelbagai jenama.

Katanya jumlah keseluruhan rampasan terdiri daripada 1,059 kotak dan 35 guni mercun serta barang sitaan yang bernilai kira-kira RM4.17 juta.

Mengulas lanjut, Beh Eng Lai berkata, sindiket terbabit mendapatkan bekalan untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

Jumlah keseluruhan rampasan terdiri daripada 1,059 kotak dan 35 guni mercun serta barang sitaan yang bernilai kira-kira RM4.17 juta.
Jumlah keseluruhan rampasan terdiri daripada 1,059 kotak dan 35 guni mercun serta barang sitaan yang bernilai kira-kira RM4.17 juta.

“Siasatan mendapati, kesemua suspek dipercayai terbabit dengan aktiviti mengedar mercun dan bunga api haram sejak dua tahun.

“Bekalan bagi kegiatan ini dipercayai diseludup melalui laluan perairan melalui kapal kontena dari negara China,”ujarnya.

Tambah beliau, semakan rekod jenayah mendapati dua suspek turut mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967. Suspek direman selama empat hari bermula pada 24hingga 27 Mac bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan kerajaan dan tidak menjalankan perniagaan tanpa permit sah serta menjual barangan terlarang sama ada secara terbuka atau tertutup,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini