web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, Angka Harian Kembali Menurun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 2:45PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas lebih seminggu, angka harian kes COVID-19 kembali menurun apabila 16,863 jangkitan baharu direkodkan, semalam.

Kali terakhir penularan COVID-19 mencatat angka harian bawah 20,000 kes ialah pada 21 Mac lalu, dengan 19,105 jangkitan baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,138,867 kes.

Menurut beliau, jumlah tersebut membabitkan 16,625 kes tempatan dengan 594 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 iaitu tidak bergejala, dengan jumlah 8,652 atau 51.31 peratus. Sebanyak 8,111 kes pula berada dalam kategori 2 (bergejala ringan).

“Sebanyak 48 kes iaitu 0.28 peratus pula berada dalam kategori 3, manakala 29 di bawah kategori 4 dan 23 untuk kategori 5 (23),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 100 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 69 melibatkan pesakit berusia 60 tahun dan ke atas.

“Sebanyak 63 kes pula mempunyai komorbid dan 44 lagi telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

“Sejumlah 30 kes pula melibatkan pesakit belum divaksinasi atau belum melengkapkan dos, manakala 26 lagi telah menerima dos penggalak,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat pertambahan satu kluster di negara ini, menjadikan sehingga kini terdapat 220 kluster yang masih aktif.

Menurut beliau, perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,927 kluster sudah direkodkan di Malaysia sejak wabak berkenaan dikesan.

“Bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 299 kes iaitu 148 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dan 95 lagi disyaki, berkemungkinan atau dalam siasatan.

“Sebanyak 187 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, dua negeri dikesan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, penggunaan katil ICU tertinggi dicatatkan di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 63 peratus manakala Selangor pula sudah menggunakan 52 peratus daripada keseluruhan 86 katil ICU di wad tersebut.

“Bagi katil bukan ICU pula, lima negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 50 peratus iaitu di Putrajaya dengan 87 peratus, Selangor (73), Kuala Lumpur (56), Terengganu (53), dan Melaka (51).

“Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 187 namun peratusan penggunaan alat tersebut adalah sebanyak 21 peratus. - Getaran, 28 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang