web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Lerai Individu Mabuk Bergaduh Mulut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 3:24PM

Semalam, tular video menunjukkan anggota polis menahan beberapa individu di hadapan sebuah pub di Jalan Telawi, Bangsar. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekecohan membabitkan beberapa lelaki yang ditahan polis di Jalan Telawi, Bangsar di sini sehingga tular di media sosial, dipercayai hanya berpunca daripada perselisihan mulut antara mereka.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian berhampiran sebuah pub di kawasan itu, menyaksikan polis sedang meleraikan pergaduhan mulut antara dua kumpulan pelanggan di luar pusat hiburan berkenaan.

“Kumpulan lelaki berkenaan dipercayai mabuk lalu bergaduh mulut sesama sendiri sehingga menyebabkan polis terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbabit.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang,” katanya hari ini.

Amihizam berkata, sebarang maklumat mengenai kes jenayah perlu dilaporkan segera kepada polis di Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Semalam, tular video menunjukkan anggota polis menahan beberapa individu di hadapan sebuah pub di Jalan Telawi, Bangsar.

Video berdurasi 38 saat itu memaparkan polis sedang meleraikan sekumpulan lelaki, malah ada antara mereka dilihat tidak memakai baju. - Getaran, 28 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global