web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peniaga Rugi RM70,000, 15 Individu Bersenjata Samun Kedai Komputer

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 5:14PM

Suspek memecah masuk ke dalam premis di tingkat satu dan melarikan peralatan hardware komputer yang dianggarkan bernilai RM70,000. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga kerugian RM70,000 selepas kedai komputer miliknya disamun 15 lelaki yang bersenjatakan kayu bola lisut di Bandar Damai Perdana Cheras, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan yang bekerja di premis tersebut selepas dia diserang oleh kesemua suspek.

Katanya, suspek menggunakan empat kenderaan berbeza iaitu pacuan empat roda (4WD) Nissan Navara berwarna kelabu, Toyota Hiace, Perodua Alza dan Proton Exora berwarna putih.

“Suspek telah memecah masuk ke dalam premis di tingkat satu dan melarikan peralatan hardware komputer yang dianggarkan bernilai RM70,000.

“Mereka juga telah merosakkan kenderaan pengadu ketika dia cuba menghalang suspek daripada melarikan diri. Bagaimanapun, beliau tidak mengalami kecederaan dalam kejadian ini,” katanya hari ini.

Menurut Mohd Zaid, usaha mengesan kesemua suspek sudah dilancarkan dan insiden tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, kesemua suspek boleh dipenjarakan sehingga dua puluh tahun dan sebat.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam bin Zainal Abidin di talian 016-9985730,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global