web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Status Vaksinasi Hanya Bertukar Tidak Lengkap Bukan Dipadamkan - KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 5:47PM

Mesej tular yang mendakwa status vaksinasi COVID-19 bagi penerima Sinovac akan dipadamkan di MySejahtera.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesej tular kononnya status vaksinasi COVID-19 bagi penerima Sinovac akan dipadamkan di MySejahtera sekiranya tiada dos ketiga adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, status vaksinasi mereka hanya bertukar menjadi tidak lengkap, bukan hilang seperti didakwa.

“Status semua penerima Sinovac berusia 18 tahun ke atas yang masih belum menerima dos penggalak hanya akan bertukar sebagai tidak lengkap, bukannya hilang seperti didakwa.

“Untuk makluman, mesej yang tular di media sosial itu adalah palsu,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar mesej yang menyatakan, sijil vaksinasi bagi dua juta penerima Sinovac akan dihapuskan kerajaan jika mereka masih enggan mengambil dos penggalak.

Mesej yang tular itu juga mendakwa, keadaan sama tidak mustahil akan berlaku ke atas penerima dos penggalak, justeru orang ramai dinasihatkan supaya membuat tangkap layar sijil digital sedia ada sebagai simpanan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, sekitar dua juta penerima dua dos vaksin COVID-19 keluaran Sinovac berisiko kehilangan status lengkap vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera bermula 1 April ini.

Beliau berkata, unjuran itu berdasarkan jumlah semasa penerima dos primer vaksin Sinovac yang masih belum mendapatkan dos penggalak.

Dalam tempoh berbaki empat hari lagi, Khairy menggesa semua penerima vaksin Sinovac untuk segera mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi masing-masing.

Jelasnya, keperluan untuk penerima vaksin Sinovac mendapatkan dos penggalak bukan sahaja bagi memudahkan urusan seharian di Malaysia, sebaliknya ia turut menjadi keperluan beberapa negara luar seperti Singapura. - Getaran, 28 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad