web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Tangga Kedua Dunia Bagi Kepakaran Prostetik Dan Ortotik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 7:22PM

Prof Ir Dr Noor Azuan menerima Anugerah Kategori Inovasi dan Pengkomersialan daripada Perdana Menteri Ismail Sabri.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tangga kedua dunia di belakang Amerika Syarikat dalam bidang penyelidikan Prostetik dan Ortotik (P&O), hasil usaha anak tempatan, Profesor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman.

Lebih membanggakan, hasil dan impak penyelidikan ini menguasai lebih 21 peratus daripada hasil penyelidikan berkaitan P&O di peringkat global.

Noor Azuan merupakan penerima Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-14 bagi kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM).

Beliau berkata, anugerah tersebut adalah kemuncak serta pengiktirafan terbesar atas segala sumbangan dan komitmen diberikan selama ini.

Prof Azuan bersama rakan penyelidik di Fakulti Kejuruteraan UM.
Prof Azuan bersama rakan penyelidik di Fakulti Kejuruteraan UM.

“Terima kasih khas buat UM yang telah membawa saya ke tahap ini, semestinya saya berbangga dan berbesar hati kerana dapat mengharumkan nama universiti di peringkat nasional dengan pengiktirafan yang diberikan.

“Anugerah yang diterima ini sangat besar maknanya dalam kerjaya saya sebagai ahli akademik serta penyelidik dan juga kepada keluarga. Tentunya komitmen serta jerih perih diusahakan selama ini akhirnya membuahkan hasil dan impak,” katanya di sini.

Sebagai pakar penyelidik P&O, Noor Azuan komited untuk memainkan peranan penting bagi melahirkan ciptaan berasaskan inovasi dalam bidang tersebut, bukan sahaja untuk Malaysia, malah di persada dunia.

“Bagi membolehkan manfaat dan impak yang lebih besar disumbangkan dalam bidang P&O, saya telah menubuhkan Centre for Applied Biomechanics pada tahun 2008.

“Ia merupakan medan utama dalam mendorong saya menghasilkan penerbitan dan penciptaan berasaskan hasil penyelidikan dalam bidang ini,” katanya.

Berkongsi rahsia kejayaan, Noor Azuan berkata, ia memerlukan  disiplin, menjaga masa, komitmen, usaha teguh serta fokus yang strategik atau bersasar.

Encik Azman Yeob Akhi memakai peralatan P&O.
Encik Azman Yeob Akhi memakai peralatan P&O.

Jelasnya, ia perlu dilakukan dalam memastikan segala perancangan dan impian yang dipasang dapat digariskan melalui perencanaan yang komprehensif.

“Keupayaan untuk merangka pelan jangka masa panjang yang teratur serta kapasiti untuk memperoleh kerjasama, bakat dan kepakaran rakan penyelidik biomekanik serta pelajar PhD berkualiti menjadi tonggak penting dalam menentukan kejayaan ini. 

“Sekalung penghargaan dan terima kasih khas buat semua pihak yang sentiasa bersama-sama saya dalam membangunkan usaha ini terutamanya sahabat, penyelidik dan pensyarah di Centre for Applied Biomechanics dan BioApps Sdn Bhd serta Fakulti Kejuruteraan yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad