web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Baharu COVID-19 Meningkat, 64 Kematian Dicatatkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 12:59PM

Kumulatif keseluruhan individu dijangkiti virus COVID-19 kini meningkat kepada 4,167,418 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15,215 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam yang menunjukkan sedikit peningkatan, berbanding 13,336 kes kelmarin.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,167,418 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu direkodkan itu membabitkan 14,965 kes tempatan dengan 250 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih membabitkan pesakit kategori 2 atau bergejala ringan dengan jumlah 7,635 kes atau bersamaan 50.18 peratus, manakala 7,446 kes berada dalam kategori 1, iaitu tidak bergejala.

“Sebanyak 60 kes iaitu 0.39 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (26) serta kategori 5 (48),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 134 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan semalam, 48 kes iaitu 35.82 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya, daripada jumlah itu, 20 kes sudah menerima dua dos vaksin, manakala 36 kes membabitkan individu sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 69 kes berumur 60 tahun ke atas, 71 kes mempunyai komorbiditi dan dua kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan dua kluster baharu dilaporkan semalam.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini terdapat 214 kluster masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini, sebanyak 6,931 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak virus berkenaan dikesan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 64 kematian baharu direkodkan semalam dengan Perak merekodkan angka tertinggi, iaitu seramai 20 pesakit, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

“Kedah dengan lapan kes kematian, Selangor (7), Pulau Pinang (6), Johor (5) dan masing-masing empat kes di Negeri Sembilan serta Sarawak.

“Kelantan (3), manakala Melaka, Pahang dan Sabah mencatatkan dua kes di setiap negeri serta Terengganu (1),” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, bagi kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini, sebanyak 282 kes dengan 130 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 176 kes lagi membabitkan pesakit ICU memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Jelasnya, sebanyak 24,154 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 3,920,643 kes. - Getaran, 30 Mac 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'