web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pensyarah Hina B40 Tidak Utamakan Pelajaran, Dikecam Teruk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 1:45PM

Pensyarah terbabit memarahi pelajar yang tidak mempunyai komputer riba. - Tangkap layar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pensyarah sebuah universiti awam (UA) yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap pelajar kerana tidak mempunyai komputer, seperti dipaparkan menerusi satu video tular, nyata mengejutkan.

Menerusi paparan video itu, kelihatan pensyarah tersebut yang sedang mengajar secara dalam talian bertanyakan soalan kepada seorang pelajar mengenai silibus subjek dipelajari.

Namun jawapan diberikan pelajar itu tidak tepat, membuatkan pensyarah tersebut bertanya kepada pelajar terbabit apa peralatan digunakannya untuk belajar.

“Kau pakai apa, kau pakai telefon ya? Mana engkau punya komputer?,” soalnya.

Pelajar tersebut menjawab bahawa dia tidak memiliki komputer riba, lalu mengundang pertanyaan kasar daripada pensyarah terbabit berhubung keberadaan dan latar belakang ibu, ayah serta adik beradiknya.

Selepas pelajar lelaki yang berasal dari Seremban itu menjawab pertanyaan tersebut satu persatu dengan menyatakan ibunya sudah tiada, manakala ayahnya tidak bekerja dan dia mempunyai beberapa orang adik-beradik, pensyarah itu terus lantang bersuara.

“Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas pergi jual gelang emas, pergi beli komputer. Sebab itu kau tidak boleh belajar dengan baik sebab engkau tidak ada komputer.

“Lepas ini akan ajar engkau excel (perisian), pasal itu engkau akan menjadi ‘drop out student’ (pelajar tercicir). Semester lima engkau tak ada komputer. Aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima helai sahaja pakaian, the most important the computer is very-very important for me (perkara paling penting adalah komputer, sangat-sangat penting kepada aku).

“Hanya RM800 sahaja beli komputer, apa masalah engkau. Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran,” ujar pensyarah tersebut sebelum meminta pelajar itu menutup fungsi kameranya.

Difahamkan berdasarkan paparan video berdurasi satu minit 45 saat tersebut, pelajar terbabit sudah berada di semester lima, namun masih tidak memiliki komputer riba.

Bagaimanapun, tindakan pensyarah itu yang menyarankan supaya kakak pelajar terbabit menjual gelang emas untuk membeli komputer, dikecam teruk netizen kerana disifatkan sebagai menghina dan agak kurang sopan.

“Bila seorang pelajar cakap maknya sudah tiada, individu waras akan pergi ‘Im sorry for asking’ (saya minta maaf kerana bertanya seperti itu), tetapi tidak apabila seorang pensyarah yang kurang siuman terus menghina dan mengaibkan pelajar kerana tidak mampu membeli komputer riba. Dia seorang psikopat, pembuli, menjijikkan,” kata pengguna akaun @Christinope menerusi ciapan di Twitter.

“Kalau ilmu setinggi langit tapi adab tak ada pun tak ada guna juga,” tulis @nrrsyuhadaa.

“Pensyarah itu, seolah-olah tidak tahu yang dia katakan boleh merosakkan kesihatan mental seseorang. Pelajar itu kehilangan ibu, sekurang-kurangnya apa pensyarah itu boleh lakukan adalah untuk mengatakan ‘takziah, saya minta maaf atas apa yang berlaku’ tetapi tidak,” ciap @etheralmonie.

“Dia hina B40, macam kalau ada orang hina dia, nampak macam tidak ada keterampilan sebagai seorang pensyarah, macam makcik bawang jer! Apa perasaan dia, pelajar itu ya!,” komen Zuraida Haris menerusi hantaran di Facebook.

Meninjau ke ruangan komen beberapa media sosial, rata-rata netizen turut menggesa pihak UA berkenaan untuk mengambil tindakan segera mengenai isu terbabit.

Ada juga netizen meminta pensyarah tersebut tidak lagi mengajar susulan beliau sudah berusia untuk berurusan dengan pelajar. - Getaran, 30 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Bunuh Guna Dumbel: Keluarga Masih Terkejut, Serah Siasatan Kepada Polis

4

Semasa 10 bulan yang lalu

19 Ahli Keluarga Terbunuh, Pensyarah USIM Harap Gencatan Senjata Di Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah