web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 906 Pesakit Dirawat Di Hospital, Katil ICU 2 Negeri Lebih Separuh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 2:14PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 906 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam membabitkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 348 kes (38.4 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5, manakala 558 kes (61.6 peratus) terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Menurutnya, dua negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, penggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan di Selangor, iaitu 53 peratus dengan empat daripada 86 katil dikhaskan sudah digunakan.

“Kula Lumpur turut menggunakan 50 peratus daripada keseluruhan 30 katil ICU di wad tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi katil bukan ICU pula, hanya Putrajaya merekodkan penggunaan katil melebihi 80 peratus.

“Tiga lagi negeri merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus, iaitu Selangor (69 peratus), Kuala Lumpur (53 peratus) dan Melaka (54 peratus).

“Bagi penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 176 pesakit dengan peratusan penggunaan alat tersebut sebanyak 21 peratus. - Getaran, 29 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang