web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anggota Polis Enggan Terima Laporan Keganasan Keluarga Akan Diambil Tindakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 4:41PM

Datuk Seri Abd Jalil Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap anggota polis yang enggan menerima laporan berhubung kes keganasan rumah tangga, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas jika benar berlaku pelanggaran dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga.

“PDRM mengambil perhatian serius isu keengganan anggota polis menerima laporan kes keganasan rumah tangga sebagaimana dibangkitkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Pihak kita (PDRM) tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat pelanggaran dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga sebagaimana didakwa pihak KPWKM,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PDRM sudah mengeluarkan beberapa arahan pentadbiran berhubung pengendalian penyiasatan kes keganasan rumah tangga untuk dipatuhi semua peringkat.

Ia termasuk arahan tindakan tatatertib sejak Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 berkuat kuasa pada 1 Jun 1996.

“Sehubungan itu, PDRM memohon pihak KPWKM dan mana-mana pihak terkesan isu berkenaan untuk tampil serta memberi maklumat lebih terperinci supaya siasatan dalaman dapat dijalankan.

“Tindakan juga dapat diambil ke atas anggota terbabit jika benar berlaku seperti didakwa,” ujar beliau.

Terdahulu pada Isnin lalu, Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Harun dilaporkan akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkaitan keluhan sesetengah mangsa keganasan rumah tangga yang mengadu polis enggan menerima laporan mereka dengan alasan itu adalah isu keluarga.

Katanya, perkara itu akan dibawa dalam libat urus yang sentiasa diadakan dengan KDN. - Getaran, 30 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah