web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP COVID-19, Penganjur Konsert Dikompaun RM1,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Mar 2022 6:38PM

Muhammad Idzam Jaafar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjur sebuah konsert di Bukit Jalil dikompaun RM1,000 selepas dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, tindakan itu diambil susulan terdapat laporan dibuat berhubung pelanggaran SOP dalam penganjuran konsert berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati konsert itu dianjurkan sempena Absolute Food Festival 2022 yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Mac lalu.

“Kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 kerana gagal memastikan penjarakan sosial,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata, polis sentiasa menekankan kepentingan pematuhan SOP dalam sebarang acara dan tidak berkompromi jika wujud pelanggaran prosedur berkenaan.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan pelanggaran SOP, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 16 saat tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sebuah konsert diadakan di Bukit Jalil dengan pengunjung gagal memastikan penjarakan fizikal satu meter seperti ditetapkan SOP PPN Fasa 4. - Getaran, 30 Mac 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah