web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAC Akan Panggil Tengku Zafrul, Khairy Berhubung Isu MySejahtera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 7:05PM

Khairy Jamaluddin, Tengku Zafrul (Gambar fail Bernama)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menyiasat pembangunan dan perolehan MySejahtera mulai pertengahan bulan depan.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, sebagai permulaan pihaknya akan memanggil dua saksi utama, iaitu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk prosiding pembangunan serta perolehan aplikasi berkenaan.

“Selain Menteri Kewangan dan Menteri Kesihatan, prosiding bermula pertengahan April depan memanggil Jabatan Perdana Menteri selaras dengan kedudukannya sebagai punca kuasa jawatankuasa ini mengikut Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Tarikh dan masa prosiding akan ditetapkan serta diumumkan dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, aplikasi MySejahtera bermula sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui satu jawapan di Dewan Rakyat dan tamat tempoh CSR terbabit yang diberikan adalah selama satu tahun, iaitu pada 31 Mac 2021.

Jelasnya, kini kerajaan sudah memutuskan untuk membuat pembayaran bagi penggunaan MySejahtera bermula pada 1 April 2021 susulan tempoh CSR berakhir esok.

“Isu aplikasi MySejahtera turut terkandung dalam Laporan PAC berhubung Perolehan Vaksin COVID-19 dan Penggunaannya Terhadap Rakyat Malaysia yang dibentangkan di Parlimen pada 1 Disember 2021.

“Ketika itu, PAC merumuskan konsep CSR digunakan sebagai mekanisme untuk mendapatkan projek kerajaan tanpa melalui prosedur perolehan sepatutnya,” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan tidak seharusnya membuat bayaran untuk penggunaan MySejahtera kerana pembangunan aplikasi itu bersifat CSR.

Katanya, kerajaan hendaklah mengambil alih pengoperasian MySejahtera tanpa membabitkan kos tambahan memandangkan ia sudah menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan negara.

Mengulas lanjut, Kah Woh berkata, PAC berpandangan isu berhubung pembangunan dan perolehan MySejahtera perlu dijelaskan secara telus di hadapan jawatankuasa itu sebagai sebuah jawatankuasa nonpartisan atas kepentingan rakyat serta negara.

“PAC dimaklumkan KKM perlu melaksanakan due diligence (penilaian wajar) terhadap syarikat yang ingin dilantik, namun pada masa sama, PAC membangkitkan persoalan bagaimana pemilikan aplikasi MySejahtera dipindah daripada KPISoft Malaysia Sdn Bhd kepada MYSJ Sdn Bhd.

“PAC berpandangan pelantikan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat baharu tidak harus berlaku,” katanya.

Kah Woh berkata, pelantikan berhubung sebuah syarikat swasta sebagai pengendali MySejahtera dibuat secara rundingan terus serta kos terlibat.

Jelasnya, tambahan apabila ia membabitkan isu berhubung keselamatan data peribadi rakyat, sekali gus mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab daripada mengambil kesempatan atas maklumat peribadi rakyat.

Sebelum ini, Khairy menegaskan MySejahtera adalah kepunyaan kerajaan dengan kementeriannya dilantik sebagai ‘pemilik asal’ aplikasi itu bagi pengurusan kesihatan awam negara pada 26 November lalu. – Getaran, 30 Mac 2022
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global