web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pertahan Pensyarah Isu Hina Pelajar, Golongan B40, Nurulhidayah Dikecam Netizen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Mar 2022 7:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan anak Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang tampil mempertahankan tindakan seorang pensyarah wanita Universiti Teknologi MARA (UiTM) menghina pelajar kerana tidak memiliki komputer riba dan golongan B40, dikecam netizen.

Hantaran kenyataan dimuat naik beliau di media sosial itu, disifatkan seolah-olah mencari perhatian orang ramai.

Menerusi kenyataannya, Nurulhidayah mengatakan bahawa beliau sendiri pernah berdepan sikap pensyarah yang kurang disenanginya, namun tidak bertindak mengaibkan tenaga pengajar terbabit.

“Dah dia pensyarah, dia marah lah student (pelajar) yang dia rasakan tak ambil serius dan ambil mudah dalam hal pembelajaran.

“Budak zaman ni jam (sekarang). Divert (alih) la rasa sedih dan kecewa itu kepada satu tenaga untuk membakar semangat. Kalau betul nak ilmu tak akan share (kongsi) atau aibkan pensyarah macam itu.

“Realiti lagi teruk. Habis kalau kau kena marah dengan bos nanti pun letak kat media sosial ke macam mana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambil pekerja macam tu? Sikit-sikit letak kat media sosial,” katanya.

Bagaimanapun, meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen memberi reaksi berhubung hantaran dikongsikan itu, termasuk mempertikaikan dan mengecam tindakan berkenaan.

“Nampaknya isu diutamakan Nurul Zahid Hamidi adalah ‘jaga aib pensyarah’. Bukannya penghinaan siswa tersebut dan golongan B40. Bukannya kebajikan siswa yang tak ada laptop (komputer riba). Bab majikan dan pekerja, jika ada bos macam ini, lari jauh-jauh. Tak bagus untuk karier jangka panjang anda,” komen pengguna menggunakan akaun @limweijiet melalui Twitter.

“Pensyarah terbabit yang hina dan malukan pelajar tersebut depan semua pelajar lain? Siapa mengaibkan siapa ini Nurul?,” kata @yynbee.

“Nurul mempunyai segala peluangnya adalah kerana bapanya orang terkenal. Mereka yang mempunyai wang terlalu banyak dan akses tidak adil kepada peluang, tidak seharusnya memberi syarahan kepada mereka yang hidup dalam kesusahan,” tulis @allinitialsgone. - Getaran, 30 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini