KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat mengumumkan keluar daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa serta merta hari ini.
Masir berkata, keputusan keluar daripada PSB dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama penyokong akar umbi di kawasannya dan didorong masalah ketidakstabilan politik negara.
“Ketidakstabilan politik itu yang menjejaskan ekonomi negara, pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat.
“Saya percaya langkah terbaik untuk mara adalah mengetepikan politik buat masa ini agar dapat membantu menstabilkan dan membina semula negara tercinta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Lantaran itu, beliau kini menyatakan akan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Perdana Menteri kita sedang melakukan segala yang perlu bagi membantu rakyat Malaysia mengharungi tempoh sukar ini.
“Saya perlu memainkan peranan dengan menyokong sepenuhnya kepimpinan beliau,” katanya.
Terdahulu, Masir pernah menganggotai Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang juga parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada tahun 2019.
Bagaimanapun, beliau meletak jawatan dan kemudian menyertai PSB yang diterajui Presiden, Datuk Seri Wong Soon Koh.
Masir pernah bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lalu di Balai Ringin, namun tewas kepada Datuk Snowdan Anak Donald Lawan (GPS) dengan majoriti 1,285 un