web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Derma Darah Ketika Ramadan, Elakkan Kekurangan Bekalan Stok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 4:52PM

Gambar hiasan - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktiviti menderma darah ketika Ramadan amat digalakkan, susulan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan stok darah sepanjang tempoh itu.

Timbalan Pengarah 2, Pusat Darah Negara, Dr Nor Nazahah Mahmud berkata, 60 peratus penderma darah di negara ini terdiri daripada umat Islam.

“Setiap individu boleh menderma darah sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

“Insya Allah kita mula berpuasa Ahad ini. Cabaran yang kami hadapi adalah sangat besar kerana 60 peratus penderma darah di negara ini adalah Muslim,” katanya pada majlis perasmian Kempen Derma Darah sempena Hari Polis Ke-215 peringkat Kuala Lumpur.

Majlis tersebut dirasmikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Dr Nor Nazahah berkata, beliau berharap penderma darah berterusan melakukan aktiviti itu mengikut tempoh ditetapkan.

Katanya, Islam mengharuskan aktiviti menderma darah, justeru ia seharusnya digalakkan.

“Menderma darah semasa berpuasa juga tidak membatalkan puasa, cuma kita galakkan penderma berbuat demikian pada masa yang sesuai dan bersedia dari aspek mental serta fizikal,” katanya.

Beliau berkata, 500 hingga 600 beg darah perlu dikutip di Lembah Klang dalam tempoh sehari, atau bersamaan 4,000 beg seminggu.

“Selain cabaran besar until memastikan stok darah cukup sepanjang Ramadan, pihak Pusat Darah Negara juga bimbang perkara sama akan berlaku semasa cuti panjang menjelang perayaan.

“Ada cuti panjang iaitu Hari Pekerja dan perayaan Aidilfitri yang kami risau sebenarnya. Tempoh seminggu itu nanti kita mengharapkan masih ada individu sudi hadir di pusat menderma darah supaya tidak ada masalah dari segi stok darah.

Difahamkan, kutipan darah menerusi program hari ini berupaya menyumbang kepada 50 peratus keperluan harian di Lembah Klang. - Getaran, 31 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

2

Sukan 5 bulan yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

3

Selebriti 9 bulan yang lalu

Pempengaruh AZ Pemurah Mahu Terus Sorok Identiti, Bimbang Riak dan Takbur

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Tiada Salah Laku, 'Aman Palestin Cuma Ada Masalah Audit' - Sumber

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini