web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Rendahkan Bahasa Melayu Wahai Rafidah Aziz - BERJASA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 6:26PM

Tan Sri Rafidah Aziz - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz masih berwatakan kuno selepas mempertikaikan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memartabatkan bahasa Melayu.

Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim berkata, kebanyakan negara maju ketika ini komited mempertahankan bahasa ibunda masing-masing ketika berucap pada persidangan antarabangsa.

“Saya rasa beliau yang kuno. Dunia menyaksikan kejayaan negara maju dunia yang cekal mempertahankan bahasa ibunda seperti Jepun dan Jerman.

“Arus globalisasi dan ledakan teknologi digital juga akan mengintegrasikan seluruh warga dalam dunia maya. Suatu hari nanti bahasa bukan lagi pembeza,” katanya, hari ini.

Terdahulu Rafidah menjelaskan, tumpuan untuk memartabatkan bahasa Malaysia merupakan satu langkah yang mundur dan tidak membantu rakyat Malaysia untuk maju dalam dunia moden.

Ahli politik veteran itu mengkritik keputusan kerajaan yang menekankan pemerkasaan bahasa Melayu, termasuk memaksa pelajar asing agar mempelajari bahasa tersebut.

Ujarnya, situasi politik ketika ini yang mendesak agar bahasa Malaysia diperkasakan dan mewajibkan pelajar asing untuk mempelajari bahasa itu tidak sepatutnya dilakukan dan ia adalah satu kerugian.

Beliau turut menjadikan industri penerbangan dan maritim yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai contoh.

Dalam pada itu, Muhammad Lukman memaklumkan pencapaian perkembangan teknologi dan tamadun kini tidak lagi berpaksikan bahasa untuk mencapai kemajuan.

“Hari ini kita sudah ada pelbagai perisian online bagi word translator dan voice translator.

“Tidak mustahil suatu hari nanti teknologi akan membolehkan penanaman cip dalam otak yang membolehkan kita bertutur dan memahami semua bahasa dunia,” katanya.

Rafidah tegasnya, perlu memperkasakan bahasa Melayu dan bukan memperlekehkan bahasa kebangsaan.

“Jadi sementara kita ada masa dan tenaga, eloklah kita luangkan untuk memperkasakan bahasa Melayu tanpa menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

“Jangan rendahkan mana-mana bahasa wahai bekas menteri kuno UMNO,” katanya.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua rantau ini, dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda itu di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, selain Malaysia, beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan Filipina serta di sebahagian Kemboja turut menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar. - Getaran, 31 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

2

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Waruga: Kisah Seram Inspirasi Kepercayaan Kuno Kaum Minahasa

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Penguasaan Bahasa Melayu Kekal Syarat Asas Permohonan Taraf Kewarganegaraan - KDN

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Malaysia Ajar Fardu Ain, Bahasa Melayu Percuma Kepada Kanak-Kanak Thailand

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka