web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Perlu Pecat KJ Sebagai Menteri Kesihatan - PPIM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 6:58PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa memecat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin susulan pelbagai isu melibatkan COVID-19 dan vaksinasi yang mengelirukan rakyat.

Jurucakap Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi kenyataan berkata, pengakuan Khairy bahawa beliau tidak mempunyai kaitan dengan MySejahtera hanya setelah menjadi Menteri Kesihatan merupakan penipuan yang jelas dan pengkhianatan kepada masyarakat.

Menurut beliau, MySejahtera telah pun didaftarkan dan kempen pelancaran aplikasi itu dilaksanakan sejak Khairy memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Terdapat bukti mencukupi menunjukkan yang beliau telah membuat kenyataan terbuka mengenai status MySejahtera semasa menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Perdana Menteri (Ismail Sabri) tentu ingat bahawa rakyat secara terbuka mempersoalkan penglibatan kementerian itu terhadap perkara tersebut.

“Ini kerana ia jelas di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM). Datuk Seri (Ismail Sabri) sendiri telah melantik Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan dan beliau telah membawa keseluruhan portfolio MySejahtera ini bersamanya dalam kementerian itu pula” katanya, hari ini.

Jurucakap PPIM tersebut turut mempersoalkan kenyataan Ahli Parlimen Rembau itu bahawa tidak wujud kontrak di antara pembangun perisian MySejahtera, sebaliknya ia dilihat sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan oleh syarikat.

Beliau berkata, perkara itu perlu disiasat dengan lebih terperinci oleh kerajaan agar tidak wujud salah guna kuasa yang dilakukan oleh Khairy.

“Mengapa sekarang telah timbul mengenai sebuah syarikat persendirian memperolehi data-data sangat sulit dan peribadi yang diberikan kepada kerajaan atas dasar kepercayaan.

“Perkara ini menunjukkan operatif bersifat klandestin dan pelbagai dakwaan serta syak wasangka timbul apabila ia merupakan syarikat asing berpusat di Amerika Syarikat serta Singapura.

“Berdasarkan perkara ini, kami merayu kepada Ismail Sabri agar menghentikan arahan penggunaan MySejahtera mulai sekarang dan memecat Khairy Jamaluddin dari jawatan Menteri Kesihatan,” katanya.

Terdahulu, Khairy memaklumkan pengguna yang kehilangan status vaksinasi lengkap dalam aplikasi MySejahtera masih boleh melakukan aktiviti dibenarkan seperti individu yang menerima vaksinasi lengkap.

Menurut beliau, antara aktiviti yang dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) baharu itu ialah menjamu selera atau dine-in di restoran, memasuki pusat beli-belah, tempat kerja dan rumah ibadat.

Khairy berkata, pengguna akan kehilangan status vaksinasi lengkap dalam MySejahtera bermula esok jika belum menerima dos penggalak.

Susulan keputusan, PPIM memberi peringatan kepada Khairy untuk tidak melaksanakan perkara tersebut yang dilihat seolah sengaja memaksa orang ramai mengambil dos penggalak.

Jurucakap itu berkata, perbuatan tersebut jelas menyalahi undang-undang kerana Khairy sendiri telah mengesahkan tiada paksaan untuk menerima vaksin, malah pengambilan dos penggalak juga adalah secara sukarela.

“Dengan memberikan ugutan bahawa 2.5 juta warganegara yang tidak mengambil dos penggalak akan hilang status vaksinasi mereka, keadaan bakal menjadi huru hara apabila golongan ini bakal didiskriminasi oleh pelbagai pihak seperti majikan, ahli jawatankuasa (AJK) surau dan masjid, malah untuk berurusan di jabatan kerajaan juga mereka akan menghadapi masalah.

“Mereka hanya boleh berbuat satu perkara sahaja iaitu mengundi. Oleh itu, kami di PPIM akan memastikan mereka faham akan situasi ini dan memilih pemimpin yang mendengar suara rakyat, memudahkan urusan dan mengutamakan keperluan mereka,” katanya. - Getaran, 31 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 6 bulan yang lalu

302 Pegawai, Anggota Polis Dipecat Sejak 2022 Hingga Februari 2024

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah