web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Minta Rakan Tanggal Songkok, Pelajar Dirotan Guru 5 Kali

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Apr 2022 9:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) didakwa merotan pelajarnya sebanyak lima kali selepas dia meminta rakan sekelas menanggalkan songkok.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar berkata, siasatan terbabit dijalankan susulan pihaknya menerima laporan dibuat bapa mangsa pada jam 9.05 malam, Selasa lalu berkaitan anaknya yang berusia 11 tahun dirotan.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, pelajar terbabit dirotan gurunya sebanyak lima kali hanya kerana dia meminta rakan sekelas menanggalkan songkok memandangkan dia sukar melihat tulisan di papan putih.

“Siasatan awal mendapati, guru terbabit merotan murid berkenaan lima kali hingga mengakibatkan kesan calar pada badannya. Murid itu kemudiannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pegawai penyiasat kes hadir ke sekolah berkenaan untuk melengkapkan siasatan, namun dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa guru terbabit sedang bercuti dan kini berada di luar kawasan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu mendakwa, guru tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan anaknya yang meminta rakannya yang duduk di hadapan kelas menanggalkan songkok kerana sukar melihat tulisan di papan putih.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

“Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kes ini dan ingin ditegaskan sebarang bentuk kekerasan ke atas pelajar sekolah dianggap kes serius. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, selain tampil di mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya. – Getaran, 1 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah