web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Yayasan Telekom Anjur Pameran Seni Ekspresi Autisme

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 4:07PM

Ras Adiba (dua, kiri) beramah mesra dengan seorang pelukis autisma Ong Yong Da pada Pameran Seni Ekspresi Autisma di Muzium Telekom hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yayasan Telekom Malaysia menganjurkan Pameran Seni Ekspresi Autisme sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2022, di Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan di sini.

Pengarah Yayasan Telekom Malaysia, Izlyn Ramli berkata, pameran seni yang dinamakan Sesama 2022 itu merupakan kolaborasi bersama organisasi terkemuka iaitu Iei We and I Art serta NakSeni.

“Pameran ini bagi meraikan sambutan Hari Autisme, yang juga sebahagian daripada usaha untuk menghargai hasil karya anak-anak istimewa ini.

“Pameran ini akan berlangsung selama sebulan dan menghidangkan pelbagai karya terunggul golongan terbabit,” katanya pada pelancaran Pameran Seni Eksperasi Autisme sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2022, di Muzium Telekom di sini.

Dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, ia adalah acara pertama dilancarkan Yayasan Telekom Malaysia selepas negara beralih ke Fasa Endemik baru-baru  ini.

Menurut Izlyn, pihaknya berharap lebih ramai orang kelainan upaya (OKU) berbakat dapat ditonjolkan dari semasa ke semasa melalui acara seumpamanya.

“Golongan OKU yang mempunyai bakat dan kemahiran melukis berpeluang menjana pendapatan dengan menjual pelbagai hasil karya melalui pameran ini.

“Mereka akan menikmati sepenuhnya pendapatan hasil jualan karya itu tanpa libat urus Yayasan Telekom Malaysia,” ujarnya. 

Dalam perkembangan lain Izlyn berkata, pihaknya akan mengadakan program Ibrah Ramadan di Muzium Telekom Negara menjelang 11 April nanti.

Katanya, program tersebut berlangsung dengan kolaborasi bersama MyPentas, iaitu platform dalam talian yang membuka ruang untuk mempamerkan hasil seni artis terkenal.

“Pameran ini diharapkan dapat membolehkan mana-mana pihak yang berminat membeli karya kanak-kanak autisme berkenaan.

“Pihak kami juga sentiasa sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menggalakkan lebih banyak karya seni OKU dapat dipamerkan,” katanya. - Getaran, 2 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Cabaran Membesarkan Anak Autistik

2

Rencana 5 bulan yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Sahkan Kematian Kanak-Kanak Autisme Di Taman Tasik Rekreasi Tiada Unsur Jenayah

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Terapi Bantuan Kuda Bantu Perkembangan Kanak-Kanak Autisme 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang