web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Baharu COVID-19 Turun 2 Hari Berturut-turut, Kematian Bertambah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 12:45PM

56 kes kematian direkodkan semalam akibat COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14,692 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam yang menyaksikan penurunan bagi dua hari berturut-turut, berbanding 17,476 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,234,087 kes.

Menurut beliau, jumlah kes baharu tersebut membabitkan 14,474 kes tempatan dengan 639 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih membabitkan pesakit kategori 1, iaitu tidak bergejala, dengan jumlah 8,557 atau 58.24 peratus. Sebanyak 6,056 kes pula berada dalam kategori 2 (bergejala ringan).

“Sebanyak 27 kes atau 0.18 peratus berada dalam kategori 3, manakala 19 kes atau 13 peratus (kategori 4) dan 33 kes atau 23 peratus (kategori 5),” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, daripada 79 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan semalam, 46 kes atau 58.23 peratus berumur 60 tahun dan ke atas. 

“Sebanyak 42 kes atau 53.16 peratus sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, tetapi belum menerima suntikan penggalak dan 42 kes mempunyai komorbid. 

“Sejumlah 19 kes atau 24.06 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, manakala 18 kes atau 22.78 peratus sudah menerima dos penggalak,” katanya. 

Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, terdapat pertambahan dua kluster di negara ini semalam, menjadikan 190 kluster masih aktif sehingga kini.

Katanya, perkembangan itu secara keseluruhannya menyaksikan sebanyak 6,940 kluster direkodkan di Malaysia setakat ini, sejak pandemik berkenaan dikesan.

“Bagi kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 261 kes, iaitu 124 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dan 137 disyaki, berkemungkinan atau dalam siasatan.

“Sebanyak 153 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, angka kematian baharu akibat COVID-19 meningkat apabila sejumlah 56 kes kematian direkodkan semalam, berbanding 30 kes kelmarin.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, 11 kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini mencecah 35,069 orang daripada 4.19 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

“Sebanyak 201,232 kes aktif COVID-19 direkodkan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, seramai 196,491 individu kuarantin di rumah, manakala 555 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 3,925 dimasukkan ke hospital,” katanya. - Getaran, 3 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini