web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


663 Kes COVID-19 Masuk Hospital, ICU 2 Negeri Lebih Separuh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2022 12:56PM

Sebanyak 663 pesakit COVID-19 telah dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kategori 1 hingga 5. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 663 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam, membabitkan kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 378 kes atau 57.0 peratus daripada kes itu adalah kategori 1 dan 2, manakala 285 kes atau 43.0 peratus mencakupi kategori 3, 4, serta 5. 

Menurutnya, hanya dua negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19, iaitu Kuala Lumpur dan Selangor. 

“Penggunaan katil ICU tertinggi dicatatkan di Kuala Lumpur, iaitu sebanyak 67 peratus untuk pesakit COVID-19. 

“Selangor sudah menggunakan 50 peratus daripada keseluruhan 86 katil ICU di wad tersebut untuk merawat pesakit COVID-19,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, hanya Putrajaya merekodkan penggunaan katil melebihi 80 peratus, iaitu 81 peratus.

“Selain itu, Selangor merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus dengan 59 peratus.

“Bagi penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya. 

Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 153 pesakit dengan peratusan penggunaannya sebanyak 18 peratus. - Getaran, 3 April 2022
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini