web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pandu Bawah Pengaruh Alkohol, 10 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 2:15PM

Polis mengadakan Operasi Penguatkuasaan Lalu Lintas Op Alkohol di sekitar Petaling Jaya, mulai kelmarin hingga awal pagi tadi. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 10 lelaki ditahan selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Operasi Penguatkuasaan Lalu Lintas Op Alkohol dan pencegahan jenayah di sekitar Petaling Jaya.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya, Deputi Superintendan, Mohd Ayub Abu berkata, operasi membabitkan dua pegawai dan lapan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu bermula kelmarin hingga awal pagi tadi.

“Kesemua suspek berusia 22 hingga 68 tahun dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk tindakan susulan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 361 buah kenderaan dan 393 individu diperiksa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan.

“Usaha ini juga bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas ditetapkan pihak berkuasa,” ujarnya. Getaran, 3 April 2022
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'