web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuba Langgar Polis, Warga Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 9:39PM

Seorang lelaki warga asing ditahan selepas cuba melanggar seorang anggota polis di Bandar Pinggiran Subang, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan seorang lelaki warga asing melanggar anggota polis bertugas untuk melarikan diri selepas ditahan pihak kesalahan, gagal apabila suspek diberkas di kawasan Bandar Pinggiran Subang di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek yang berumur lingkungan 40-an didapati memandu dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis dari Unit Kereta Peronda IPD Petaling Jaya mengesan kenderaan dipandu suspek berdekatan Jalan Sungai Buloh menghala ke Subang di kawasan Kota Damansara.

“Polis kemudian menahan suspek dan ketika melakukan pemeriksaan, suspek bertindak memecut kenderaannya serta cuba melanggar anggota polis bertugas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, anggota polis bertugas kemudian melepaskan tembakan ke arah tayar suspek.

“Suspek kemudian dikejar anggota unit tersebut dan situasi berkenaan turut dihebahkan Pusat Kawalan IPD Petaling Jaya,” ujarnya.

Jelas Ku Mashariman, suspek akhirnya diberkas di kawasan Bandar Pinggiran Subang dengan bantuan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) IPD Petaling Jaya dan Unit Kereta Peronda IPD Sungai Buloh.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback untuk siasatan lanjut.

“Suspek kini direman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. - Getaran, 3 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka