web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jenayah Seksual Kanak-kanak Meningkat 42 Peratus Setahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 9:51PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mengambil tindakan holistik dengan kadar segera dalam melindungi kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa jenayah seksual. 

Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan, Datuk Heng Seai Kie berkata, ia dibuktikan dengan statistik terkini yang menunjukkan angka jenayah seksual membabitkan kanak-kanak meningkat hampir 42 peratus antara tahun 2020 dan 2021. 

Lebih membimbangkan, beliau berkata, kes mahkamah berhubung jenayah seksual meningkat di negara ini. 

“Semua pihak perlu melipatgandakan usaha mencari penyelesaian membendung masalah tersebut. Antara langkah perlu dipertimbangkan kerajaan ialah mendidik kanak-kanak. 

"Ini bagi memastikan mereka mengetahui hak peribadi dan batasan dalam mengenalpasti niat jahat pelaku,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Menurut Seai Kie, kanak-kanak juga perlu dididik bagaimana untuk mereka memaklumkan kepada ibu bapa, penjaga, ahli keluarga atau guru yang boleh dipercayai mengenai jenayah tersebut. 

“Dalam perkara terbabit, Wanita MCA pernah mencadangkan kerajaan menjadikan Pejabat Pendaftaran Pesalah Seks Kebangsaan boleh diakses secara terbuka. 

“Cadangan ini perlu, terutamanya untuk ibu bapa dan pihak sekolah atau majikan supaya dapat membuat semakan latar belakang kemungkinan rekod kesalahan seksual lampau seseorang,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, ia bukan tindakan mendiskriminasi terhadap bekas penjenayah seksual. 

Namun, jelasnya, pendapat terbabit sebagai langkah proaktif untuk menangani peningkatan agak membimbangkan kes jenayah seksual membabitkan kanak-kanak.

“Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Tambahan pula, kanak-kanak yang diganggu secara seksual boleh mengalami trauma teruk. 

“Pada masa sama, ia boleh membawa parut secara mental sepanjang hayat mereka,” katanya. 

Lantaran itu, Seai Kie menjelaskan, masyarakat tidak boleh membiarkan jenayah terhadap kanak-kanak terus meningkat. 

"Kita boleh membanterasnya dengan semua pihak berganding bahu untuk mewujudkan Malaysia sebagai tempat selamat dan sejahtera untuk kanak-kanak,” katanya. - Getaran, 3 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi