web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemalangan Di Jalan SS25, Polis Minta Saksi Tampil

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2022 9:55PM

Polis sedang mengesan saksi kejadian kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Jalan SS25 berdekatan Petaling Jaya. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis meminta saksi kejadian kemalangan membabitkan penunggang motosikal di Jalan SS25 berdekatan Petaling Jaya di sini, tampil membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi semalam, mangsa warga tempatan berusia 37 tahun cedera parah di kepala dan masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa gagal mengawal motosikal lalu terbabas sendiri.

“Mangsa dipercayai menunggang motosikal jenis Honda FS150 dah hilang kawalan dan terbabas sendiri.

“Siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis untuk mengenal pasti punya kemalangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan kejadian itu, beliau meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222. - Getaran, 3 April 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini