web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Baharu, Kematian Akibat COVID-19 Menurun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 12:48PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12,380 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam yang menyaksikan penurunan selama tiga hari berturut-turut, berbanding 14,692 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka baharu itu menjadikan jumlah kumulatif individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,210,583 kes.

Menurutnya, jumlah itu membabitkan 11,918 kes tempatan dengan 462 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih membabitkan pesakit kategori 1, iaitu tidak bergejala dengan 7,559 kes atau 61.05 peratus, manakala sebanyak 4,736 kes berada dalam kategori 2 atau bergejala ringan.

“Sebanyak 32 kes, iaitu 0.26 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (20) dan kategori 5 (33),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 85 kes COVID-19 membabitkan kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan semalam, 24 kes, iaitu 28.24 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya, daripada jumlah itu, 33 kes sudah menerima dua dos vaksin, manakala 28 kes membabitkan individu selesai mendapatkan dos penggalak.

“Selain itu, 57 kes adalah dalam kalangan individu berumur 60 tahun ke atas, 49 kes mempunyai komorbiditi dan tiada kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 30 kematian baharu direkodkan semalam dengan 11 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Jelasnya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,099 dengan 7,408 daripadanya adalah kes BID.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kluster baharu dilaporkan semalam dan secara keseluruhan, sebanyak 6,938 kluster direkodkan di negara ini sejak pandemik berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, bagi kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini, sebanyak 253 kes dengan 122 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 157 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 20,635 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,018,421 kes. - Getaran, 4 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah