web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


562 Pesakit COVID-19 Masuk Di Hospital Semalam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 1:01PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 562 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam, membabitkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 220 kes (39.1 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5, manakala 342 kes (60.9 peratus) bagi kategori 1 dan 2.

Menurutnya, dua negeri dilapor merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) pada kadar 50 peratus dan ke atas bagi pesakit COVID-19.

Beliau berkata, penggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan di Kuala Lumpur, iaitu sebanyak 60 peratus dengan 18 daripada 30 katil dikhaskan sudah digunakan.

Manakala, katanya, Selangor mencatatkan 50 peratus penggunaan katil ICU dengan 43 daripada 86 katil disediakan di situ digunakan.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, hanya Putrajaya merekodkan penggunaan katil melebihi 60 peratus, iaitu sebanyak 66 peratus.

“Selangor merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus dengan 55 peratus.

“Bagi penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 157 pesakit dengan peratusan penggunaannya adalah sebanyak 18 peratus. - Getaran, 2 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad