web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


22,207 Pakaian, Kasut Tiruan Bernilai RM850,000 Disita KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 8:49PM

Seorang pegawai KPDNHEP memeriksa barangan tiruan yang dirampas. - Gambar ihsan KPDNHEP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur menyita 22,207 pelbagai unit barangan tiruan terdiri daripada pakaian dan kasut berjenama dalam serbuan ke atas empat premis.

Serbuan membabitkan tiga premis pemborong di sebuah kompleks pemborong termuka di Jalan Kenanga dan satu gudang di Taman Kencana di sini itu, dibuat sepasukan pegawai KPDNHEP pada 29 Mac lalu.

Menurut Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin, serbuan ke atas kesemua premis itu dilakukan selepas risikan selama seminggu dijalankan pasukan terbabit di situ, susulan aduan daripada wakil pemilik cap dagangan.

“Hasil pemeriksaan di keempat-empat premis perniagaan, pasukan serbuan menyita 22,207 unit barang disyaki tiruan terdiri daripada pakaian dan kasut berjenama.

“Jumlah sitaan bagi keempat-empat premis ini dianggarkan bernilai RM850,000 kerana disyaki dipakaikan cap dagangan secara salah di bawah Akta Cap Dagangan 2019,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ariffin berkata, tiga premis pemborong tersebut didapati turut menjual pakaian tiruan secara atas talian kepada pelanggan di seluruh negara.

Katanya, gudang diserbu di Taman Kencana pula dipercayai menjadi pembekal utama kepada pemborong dan peruncit di sekitar ibu kota, selain menghantar bekalan kepada peniaga di seluruh Malaysia.

“Hasil maklumat diperoleh, bekalan barangan tiruan ini adalah bagi tujuan penjualan kepada orang ramai sempena menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

“Kasut berjenama ini yang diperoleh pada harga kos RM30 hingga RM80 sepasang akan dijual pada harga borong, iaitu RM60 hingga RM100 sepasang. Manakala pihak peniaga runcit akan menjual pada harga RM100  sehingga RM250 bagi sepasang kasut,” ujarnya.

Beliau berkata, pakaian tiruan yang diperoleh pada kos RM10 sehingga RM40 sehelai pula,  akan dijual dengan harga RM25 hingga RM80 sehelai.

Mengulas lanjut, Ariffin memaklumkan, menurut statistik, kes membabitkan harta intelek dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 27 kes, iaitu dikendalikan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan Akta Hak Cipta 1987.

Jelasnya, nilai rampasan barangan itu berjumlah RM1.72 juta membabitkan 47,200 unit bagi 27 kes berkenaan.

“Manakala jumlah tangkapan di bawah Ops Jeriji 3.0 bagi tahun 2022 adalah seramai lapan orang membabitkan kesalahan berkaitan dengan harta intelek,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan undang-undang Harta Intelek di bawah Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hak Cipta 1987 secara berterusan dalam membanteras penjualan barangan tiruan.

“Kami akan bekerjasama dengan  wakil pemilik cap dagangan berdaftar di Malaysia, terutama menjelang Aidilfitri yang lazim menawarkan pelbagai barang keperluan dan pakaian.

“KPDNHEP menyeru orang ramai supaya tidak terlibat dalam urus niaga membabitkan barang tiruan berjenama dan tidak bersubahat dengan membeli barangan tiruan berjenama daripada peniaga tidak bertanggungjawab,” katanya.

Semua pihak, jelasnya, sama ada individu atau syarikat diberi amaran supaya tidak melanggar undang-undang sedia ada.

“Peniaga ingkar bakal menerima hukuman berat seperti ditetapkan undang-undang. - Getaran, 4 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang