web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Debat Najib-Anwar, KMUM Sedia Jadi ‘Orang Tengah’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 9:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) sedia menjadi ‘orang tengah’ bagi merealisasikan debat antara mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jurucakap KMUM berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai persetujuan dua pemimpin politik tanah air itu untuk berdebat berkaitan isu SAPURA.

“Atas keinsafan memikul peranan sebagai sebuah persatuan mahasiswa yang seharusnya merancakkan wacana keilmuan, kami (KMUM) ingin menawarkan diri untuk menjadi penganjur bagi perdebatan antara kedua-dua tokoh politik tanah air ini.

“Tawaran sebagai penganjur debat awam oleh KMUM juga adalah atas dasar organisasi ini sebagai sebuah entiti neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak yang mampu memberi keyakinan lebih tinggi kepada penonton serta rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, KMUM turut menjemput Anwar dan Najib supaya menerima pelawaan KMUM sebagai penganjur debat yang pastinya menjadi detik bersejarah.

Terdahulu, semalam Mantan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan Najib sebagai pengecut selepas tidak mahu berdebat secara solo dan terbuka berkaitan isu SAPURA.

Malah, Rafizi berkata, Ahli Parlimen Pekan itu seolah-olah membuat ugutan terhadapnya apabila menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai syarat sebelum beliau bersetuju berdebat.

Sebelum ini, Najib memaklumkan, beliau menyahut cabaran Rafizi untuk mengadakan perdebatan secara terbuka berkaitan isu berkenaan, namun memintanya mengajak Anwar untuk sama-sama berdebat.

Sebagai langkah menerima cabaran itu,  Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau bersedia berdepan dan berdebat dengan Najib demi negara serta rakyat, malah boleh melakukannya pada bila-bila masa. - Getaran, 4 April, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini