web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Jabatan Bertanggungjawab Laksana Perintah Mahkamah Kes Tuntutan Nafkah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 8:47AM

Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua jabatan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap sebarang perintah terutamanya arahan pemotongan gaji yang diputuskan Mahkamah Syariah ke atas penjawat awam di bawah seliaan mereka, khususnya dari aspek pembayaran nafkah.

Menerusi surat edaran ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah semalam, langkah itu selaras dengan hasrat kerajaan dalam memelihara kebajikan wanita dan anak-anak yang terkesan dengan masalah penceraian.

“Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan perasmian sempena Majlis Sambutan Hari Wanita, mengumumkan bahawa dalam membantu golongan wanita yang terkesan disebabkan isu penceraian, kerajaan telah meminda Akta Pembiayaan Kewangan yang membolehkan pihak bank membekukan akaun bank suami atas arahan mahkamah.

Selaras pindaan itu, pihak bank juga dibenarkan membuat bayaran daripada akaun suami yang telah dibekukan tersebut kepada isteri sekiranya isteri ada membuat tuntutan melibatkan wang ringgit di mahkamah melalui kaedah dikenali sebagai Hiwalah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Khidmat Mohd Shafiq Ditamat Serta Merta, Selaras Peraturan - KSN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pegawai Imigresen Ditengking: Laporan Akhir Sudah Dikemuka, Tunggu Tindakan Susulan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global