web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pindaan RUU Perlembagaan Diteruskan Isnin Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Apr 2022 5:43PM

Wan Junaidi berkata, mesyuarat itu turut bersetuju mengadakan satu lagi sidang khas Parlimen, bertujuan membentang, membahas dan meluluskan undang-undang berkaitan dalam masa terdekat. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang dijadual Isnin ini akan tetap diteruskan seperti dirancang bagi membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022.

Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti pula bakal dibentangkan pada satu lagi sidang khas Parlimen dalam masa terdekat, bertujuan membentang, membahas dan meluluskan undang-undang berkaitan.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi kenyataan bersama hari ini.

Keputusan itu dicapai ketika mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik, sebentar tadi.

“Perincian mengenai sidang khas baharu tersebut akan diumumkan kelak.

“Ia akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaras dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya.

Menurut kenyataan sama, mesyuarat selama dua jam itu turut menemui beberapa kata putus lain yang dipersetujui kedua-dia pihak.

“Antara perkara yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak adalah untuk memberi sokongan kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan melibatkan penggubalan punca kuasa (enabling clause) di bawah Perkara 10 bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

“Draf awal akta tersebut akan diedarkan untuk penelitian ahli Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik sebelum sidang khas Parlimen pada 11 April 2022.

“Kedua-dua pihak menyatakan komitmen akan memberi sokongan bagi membolehkan RUU ini mendapat majoriti 2/3 dalam sidang khas Parlimen berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan Wan Junaidi dalam kenyataannya semalam, mengesahkan bahawa Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan membentangkan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat pada Isnin depan.

Beliau berkata, sebaliknya RUU itu akan dihantar semula untuk kajian lanjut ke atas definisi ‘lompat parti’.

Kenyataannya itu menerima pelbagai respon daripada pemimpin politik kerajaan dan blok pembangkang, termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempersoalkan adakah wujud ‘gunting dalam lipatan’ di sebalik penangguhan pembentangan berkenaan. - Getaran, 7 April

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 7 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang