web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekurangan Pekerja Kekang Restoran Mamak Buka 24 Jam, Kerajaan Digesa Bertindak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Apr 2022 9:06AM

Kekurangan pekerja menyebabkan restoran mamak tidak dapat menjalankan operasi 24 jam meskipun negara sudah memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik sejak 1 April lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun kedai makan dibenarkan beroperasi 24 jam selepas negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik sejak 1 April lalu, banyak premis berkenaan, termasuk restoran mamak tidak dapat menawarkan perniagaan dalam tempoh terbabit dek kekangan pekerja.

Situasi itu menyebabkan premis seumpama itu terpaksa mengehadkan waktu operasi atau tidak dapat memberikan perkhidmatan dan layanan sebaik mungkin kepada pelanggan.

Malah, lebih menyedihkan apabila Persatuan Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mendedahkan, lebih 2,000 restoran mamak terpaksa menutup operasi dalam tempoh dua tahun terkini atas beberapa faktor, dengan isu kekurangan tenaga kerja menjadi penyebab utama.

Justeru itu, Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan menggesa kerajaan menyegerakan proses kemasukan semula pekerja asing ke negara ini bagi mengatasi isu terbabit.

Tindakan kerajaan itu katanya, mampu meringankan beban dihadapi pengusaha restoran yang mahu menjalankan perniagaan 24 jam sehari, seperti sebelum negara dilanda pandemik.

“Buat masa ini permintaan memang tinggi daripada pelanggan, tambahan pada Ramadan ini yang menyaksikan orang ramai mahu membeli makanan untuk bersahur dan berbuka puasa sama ada di kedai atau dibawa pulang.

“Namun, kekurangan pekerja menjadi kekangan besar dalam kalangan pengusaha restoran mamak untuk menjalankan operasi sebaiknya. Perniagaan sekarang, alhamdulillah bagus kerana boleh dikatakan 80 peratus restoran mamak masih beroperasi dan memberikan perkhidmata bagus, tetapi isu kekurangan pekerja menjadikan rezeki depan mata ini boleh terjejas,” katanya kepada Getaran, baru-baru ini.

Jawahar Ali Taib Khan
Jawahar Ali Taib Khan

Jawahar Ali berkata, pada masa ini, hanya kira-kira 9,000 daripada 12,000 ahli berdaftar dengan PRESMA  beroperasi dalam tempoh dua tahun terkini.

Katanya, PRESMA memerlukan sekurang-kurangnya 30,000 pekerja bagi mengisi kekosongan di kedai mamak di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini, dilaporkan hampir 50 peratus pekerja asing kedai mamak terpaksa pulang ke negara asal sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bernula awal tahun 2020.

“Perubahan waktu operasi restoran mamak selepas Fasa Peralihan Ke Endemik kini, memberi impak besar kepada pengusaha daripada aspek kekurangan pekerja apabila perkhidmatan 24 jam tidak mampu ditawarkan.

“Malah, usaha mendapatkan pekerja tempatan menerusi program dilaksanakan kami dan pihak berkaitan walau dengan tawaran pelbagai insentif menarik, masih kurang berkesan. Kekurangan tenaga kerja kini menjadi isu besar yang semakin kritikal membelenggu ahli persatuan restoran mamak di seluruh negara,” katanya. - Getaran, 8 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini