web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pegawai Polis Maut Kereta Dipandu Terbabas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 5:10PM

Gan Chee Liang yang berkhidmat di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perjalanan ke rumahnya ketika nahas berlaku. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan polis maut dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi di Kilometer 6.7 arah Kuala Lumpur ke Klang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kemalangan terbabit dipercayai berlaku di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE).

“Mangsa, Asisten Superintendan (ASP) Gan Chee Liang, 39, yang berkhidmat di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya ketika nahas berlaku.

“Mangsa yang memandu kereta dari arah Kuala Lumpur menghala Klang dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata, mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam dengan menaiki ambulans dan dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 APJ 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697," katanya. - Getaran, 9 April 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad